BEIJING, 1 Januari - Dua mayat terakhir yang hilang dalam gempa bumi paling dahsyat dalam tempoh sedekad lalu di temui di Qinghai pada 1.16 pagi waktu tempatan pada Ahad.
Tragedi itu menimbulkan rasa kebimbangan para penduduk yang terdedah di kawasan aktif kejadian gempa bumi.
Pada dua minggu lalu, seramai 151 mangsa terkorban akibat gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 yang melanda wilayah barat laut Qinghai dan Gansu.
Pada 2014, gempa bumi paling dahsyat dengan kekuatan skala 6.5 magnitud melanda wilayah barat daya Yunnan telah meragut 617 nyawa.
Tragedi itu berlaku di Qinhai dan Gansu yang mana sering berlakunya kejadian bencana yang juga merupakan tempat tinggal masyarakat Hui.
Masyarkat Hui adalah kaum etnik minoriti yang mempunyai ciri identiti Islam.
Secara geologinya Gansu, Qinghai, Tibet, Xinjiang dan kawasan pergunungan di Sichuan dan Yunnan terletak di pinggir dataran tinggi Qinghai-Tibet.
Kebanyakkan penduduk di kawasan itu bekerja sebagai petani dan pengembala hidup dengan pendatan yang sangat rendah.
Mereka tinggal berhampiran pinggir dataran tinggi yang merupakan zom gempa bumi paling aktif di dunia.
Dalam kejadian gempa bumi itu menyebabkan seramai 145,000 penduduk kehilangan tempat tinggal dan telah memusnahkan lebih 200,000 buah rumah.
Dalam tempoh kurang dari dua minggu, pihak berkuasa tempatan membina beribu-ribu rumah pasang siap setingkat untuk membantu keluarga yang terjejas dari khemah ketika musim sejuk hampir tiba. - REUTERS