LIMA, 9 Julai- Mayat seorang pendaki gunung dari Amerika yang yang hilang 22 tahun lalu ketika mendaki puncak bersalji di Peru telah ditemui selepas terdedah oleh pencairan ais akibat perubahan iklim, kata polis pada Isnin.
William Stampfl dilaporkan hilang pada Jun 2002, berusia 59 tahun, apabila runtuhan salji menimbus rombongan pendakiannya di gunung Huascaran, yang tingginya lebih 6,700 meter (22,000 kaki). Usaha mencari dan menyelamat tidak membuahkan hasil.
Polis Peru berkata mayatnya akhirnya terdedah oleh pencairan ais di banjaran Cordillera Blanca di Andes.
Mayat Stampfl, lengkap berpakaian, tali pinggang dan butnya masih dalam keadaan sempurna, menurut imej yang diedarkan oleh polis.
Pasportnya ditemui dalam beg galasnya, membolehkan polis mengenal pasti mayat itu.
Pergunungan di timur laut Peru, yang menempatkan puncak bersalji seperti Huascaran dan Cashan, menjadi antara kegemaran pendaki gunung dari seluruh dunia.
Mei lalu, mayat seorang pendaki dari srael ditemui selepas hampir sebulan hilang dan bulan lalu, seorang pendaki gunung Itali yang berpengalaman ditemui mati selepas dia terjatuh ketika cuba mendaki satu lagi puncak Andes.-AFP