(Mata wang Mesir menjunam hampir 17 peratus berbanding dolar Amerika ketika ekonomi semakin teruk
di negara paling ramai penduduk dunia Arab/AFP)
CAIRO, 22 Mac- Nilai mata wang pound Mesir menjunam hampir 17 peratus berbanding dolar Amerika pada Isnin berikutan kenaikan inflasi di tengah-tengah krisis ekonomi yang semakin meningkat.
Susut nilai terkini berlaku apabila rantaian bekalan makanan global menerima tempiasnya akibat pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.
Mata wang tempatan di negara paling ramai penduduk di dunia Arab itu pernah mengalami penurunan nilai mendadak pada 2016 apabila ia kehilangan hampir separuh nilainya berbanding dolar semalaman.
Sebagai pengimport gandum terbesar dunia, Mesir bergantung kepada kedua-dua negara untuk 85 peratus bekalan rujinya, serta 73 peratus minyak bunga matahari; Ukraine adalah pegeluar utama dunia.
(Mesir pengimport terbesar gandum bergantung untuk 85 peratus bekalan rujinya, serta 73 peratus minyak bunga mataharinya
daripada Ukraine sebagai negara utama pengeluar dunia/AFP)
Inflasi Mesir mencecah 10 peratus pada Februari, paras tertinggi hampir tiga tahun, didorong kenaikan 20 peratus dalam harga makanan.
Bank Dunia beri amaran bahawa kenaikan 30 peratus dalam harga makanan boleh mengakibatkan peningkatan 12 peratus dalam kadar kemiskinan.
Mesir disekat bil hutang asing cukup besar yang membentuk hampir 90 peratus daripada KDNK.
Mesir telah memulakan reformasi fiskal dan berusaha untuk merombak percukaian, tetapi bergelut untuk mengawal sektor tidak formal, yang merupakan sebahagian besar ekonominya. -AFP