(Pegawai polis berada di lokasi kejadian di Latin School, Malmo, Sweden pada 21 Mac 2022/AFP)
MALMO, 22 Mac- Dua wanita mati ditikam dalam kejadian serangan di sebuah sekolah di selatan Sweden.
Menurut polis dalam kejadian pada Isnin itu, seorang pelajar berumur 18 tahun ditahan.
Ke dua-dua wanita yang terbunuh itu berumur 50-an, “pekerja di sekolah tersebut”, menurut kenyataan polis sejurus serangan di Malmo Latinskola, sebuah sekolah tinggi di pusat bandar Malmo, bandar ketiga terbesar di Sweden.
Media tempatan melaporkan penyerang telah menghubungi nombor kecemasan menyatakan tindakannya serta membunuh dua orang di sekolah berkenaan.
Beberapa media tempatan melaporkan penyerang menggunakan pisau dan kapak.
Bagaimanapun, suspek ditahan dengan mudah sebaik pasukan peronda polis tiba dilokasi nahas, menurut maklumat polis.
(FOTO AFP)
Terdahulu pada awal petang, polis melaporkan dua orang cedera dalam kalangan 50 orang yang berada di sekolah ketika insiden berlaku.
Dua mangsa “dihantar ke hospital namun nyawa mereka sukar diselamatkan,” menurut pihak berkuasa.
Laporan kecemasan diterima kira-kira 5.15 petang dan pasukan peronda polis berjaya masuk ke sekolah tanpa berdepan kesukaran. -AFP