fb fb fb fb fb

Masjidilharam lancar program bimbingan jemaah haji wanita edisi kedua

Foto AFP

MEKAH, 19 Mei- Agensi Hal Ehwal Wanita di Masjidilharam telah melancarkan edisi kedua program "Membimbing dan Menjawab Pertanyaan Wanita" sebagai persiapan menghadapi musim Haji.

Program ini bertujuan menjawab pertanyaan jemaah wanita mengenai ibadah, sambil memperkaya pengalaman spiritual dan keagamaan mereka.

Kepresidenan Hal Ehwal Agama Dua Masjid Suci telah memperkukuh program ini dengan menempatkan petugas wanita Arab Saudi yang pakar di dewan solat wanita, selaras dengan Wawasan 2030 Kerajaan Arab Saudi.

Inisiatif ini memberi kuasa kepada wanita Arab Saudi untuk berkhidmat kepada jemaah wanita dan pengunjung dalam peranan keagamaan khusus, mengikut prinsip syariah dan piawaian institusi.

Antara matlamat utama inisiatif ini adalah untuk memperluas bilangan dan waktu operasi pusat bimbingan agama wanita dalam Masjidilharam, memastikan akses lebih meluas kepada maklumat tepat mengenai ibadah dan amalan keagamaan.

Perkhidmatan ini dikendalikan oleh cendekiawan agama wanita Saudi dan pakar yang berkelayakan tinggi.

Program ini bertujuan mewujudkan anjakan kualiti dalam perkhidmatan keagamaan kepada wanita dengan mempromosikan pengetahuan syariah yang boleh dipercayai serta menyediakan bimbingan dan sokongan yang tersusun.

Ia juga menyediakan suasana mesra bagi pengunjung wanita yang mencari penjelasan agama, sekali gus meningkatkan kesedaran mengenai hukum dan amalan Islam.- BERNAMA-SPA

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM