fb fb fb fb fb

Masalah perbankan: Rakyat Malaysia di Russia boleh hubungi kedutaan

PUTRAJAYA, 7 Mac - Pelajar Malaysia di Rusia yang menghadapi masalah transaksi perbankan dan kewangan atau memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Moscow.

Terdapat masalah dilaporkan berkaitan perbankan dan transaksi kewangan dari Malaysia ke beberapa akaun bank pelajar di Rusia berikutan gangguan perkhidmatan Pemindahan Dana Elektronik (EFT).

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar menasihati pelajar terlibat supaya menghubungi Kedutaan secepat mungkin.


"Pelajar Malaysia yang masih menghadapi gangguan EFT atau memerlukan bantuan konsular perlu menghubungi kedutaan melalui e-mel khusus Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. dan talian hotline (+79067461333/ +79651222746/ +79035666101/ +79035048666).

Buat masa ini, terdapat 861 rakyat Malaysia di Rusia, termasuk 784 pelajar,

"Kementerian akan terus memantau perkembangan terkini dan akan berhubungan dengan pelajar Malaysia di Rusia untuk memastikan kesejahteraan mereka dijaga dengan baik, " Menurut kenyataan itu.

 

Media Baharu