KIEV, 7 Mac - 351 orang awam Ukraine terbunuh manakala 707 lagi cedera sejak pencerobohan Rusia bermula.
Angka tersebut dilapor Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam tempoh 24 Februari lalu hingga tengah malam Jumaat.
Pejabat yang berpangkalan di Geneva itu berkata, pihaknya menggunakan metodologi yang ketat dan hanya melaporkan mangsa yang disahkan.
(Suasana pejabat UNHCR yang berpangkalan di Geneva)
Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) berkata, mereka percaya angka sebenar jauh lebih tinggi terutama di wilayah yang dikawal kerajaan (Ukraine) dan situasi tegang konflik sejak beberapa hari lalu.
"pihaknya juga berdepan isu penerimaan maklumat dari beberapa lokasi pertempuran yang tertangguh dan siasatan dan pengesahan bukti," katanya
Faktor tersebut menyebabkan usaha mengemaskini jumlah semasa korban konflik sedikit rumit dan memakan masa.