fb fb fb fb fb

Dua kakitangan asing MSF diculik militan di Yaman

ADEN, 6 Mac- Dua kakitangan asing Doctors Without Borders (MSF) di timur Hadramout diculik individu bersenjata di Yaman.

Demikian menurut sumber keselamatan dan dua penduduk tempatan.

Ketika ini MSF memaklumkan, mereka tidak dapat berhubung dengan beberapa kakitangannya di Yaman.

Bagi melindungi keselamatan mereka, maklumat lanjut juga tidak dapat dikongsikan buat masa ini.

(Gambar Fail)

Menurut sumber keselamatan, dua kakitangan itu merupakan warga Jerman dan Mexico, masing-masing diculik daripada kenderaan mereka oleh individu bersenjata, dipercayai berkaitan Al-Qaeda di Semenanjung Arab itu.

Militan itu merupakan antara kumpulan pemberontak di Yaman, yang dibelenggu perang dan krisis kemanusiaan.

Februari lalu, lima kakitangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), termasuk empat warga Yaman, diculik di Abyan oleh individu bersenjata, yang turut dipercayai berkait dengan Al-Qaeda. -REUTERS

Media Baharu