fb fb fb fb fb

Marco Rubio tiba di Mexico, bincang isu jenayah dadah dan keselamatan

Foto Reuters

MEXICO CITY, 3 September- Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio tiba di Mexico pada Selasa dalam rangka lawatan serantau bagi membincangkan isu pengedaran dadah, penyeludupan fentanyl dan imigresen haram bersama pegawai tertinggi negara itu.

Menurut Jabatan Negara AS, ketibaan Rubio disambut oleh Menteri Luar Mexico, Ramon de la Fuente, di lapangan terbang menandakan permulaan lawatan dua hari beliau ke Mexico City.

Agenda lawatan termasuk pertemuan dengan Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum, serta sidang media bersama De la Fuente yang memberi tumpuan kepada usaha dua hala membanteras kartel dan mengekang migrasi haram.

Selepas Mexico, Rubio dijadual meneruskan lawatan ke Quito, Ecuador bagi mengadakan perbincangan lanjut mengenai keselamatan serantau dan isu migrasi. -REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM