fb fb fb fb fb

Manipur sekat perkhidmatan internet, elak protes bertambah buruk

FOTO REUTERS

MANIPUR, 10 September - Pasukan keselamatan India melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan penunjuk perasaan di Imphal, di Manipur di timur laut India pada Selasa.

Peningkatan keganasan di Manipur yang dilanda konflik membawa kepada penggantungan perkhidmatan internet selama lima hari, kata kerajaan negeri dalam satu kenyataan.

Kerajaan Manipur pada Selasa menyekat perkhidmatan internet dan data mudah alih hingga Ahad (15 September) bagi mengelakkan penyebaran khabar angin palsu.

Tindakan itu bagi mengelakkan penunjuk perasaan terus melakukan protes yang dikhuatiri akan memburukkan lagi situasi undang-undang di negeri timur laut itu.

Konflik itu berterusan sejak keputusan mahkamah tahun lalu yang mencadangkan komuniti Meitei perlu diberi faedah ekonomi dan kuota yang sebelum ini dikhaskan untuk Kukis.

Manipur dengan populasi 3.2 juta penduduk, kini dibahagikan kepada dua wilayah etnik iaitu bawah kawalan Meitei dan Kukis. - REUTERS

TETITIA YUSOFF