fb fb fb fb fb

Mangsa pengeboman di Doha dikebumi esok

Serangan udara yang dilancarkan di Legtaifiya, Doha mengorbankan enam mangsa. Foto Reuters

DOHA, 11 September - Mangsa keganasan Rejim Zionis yang terbunuh dalam serangan di Doha Selasa lalu akan dikebumikan esok.

Perkembangan itu dinyatakan Kementerian Dalam Negeri Qatar.

"Solat jenazah untuk mangsa serangan Israel akan diadakan pada tengah hari Khamis, 11 September 2025 di Masjid Sheikh Mohammed bin Abdul Wahhab. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Mesaimeer," katanya dalam satu kenyataan di X.

Dalam serangan yang menyasarkan pemimpin tinggi Hamas itu, enam mangsa terbunuh masing-masing lima anggota kumpulan Hamas dan seorang anggota pasukan keselamatan Qatar.

Bagaimanapun pemimpin tertinggi Hamas dilapor terselamat. -AFP

JALALUDDIN BIN BAHARIN