fb fb fb fb fb

Malaysia sokong sepenuhnya syor tingkatkan sumbangan kewangan kepada WHO

(Khairy menegaskan bahawa apa-apa pindaan ke atas Peraturan Kesihatan Antarabangsa hendaklah menghormati dasar dan proses kesaksamaan, kebertanggunjawapan, ketelusan dan kedaulatan setiap setiap negara anggota/KKM)

GENEVA, 25 Mei - Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin membentangkan laporan kerja kumpulan di Perhimpunan Kesihatan Dunia (WHA) ke-75 di Geneva, Switzerland.

Laporan kerja kumpulan ini berdasarkan Agenda 13 yang membincangkan tajuk Pembiayaan Mampan WHO.

Dalam laporan pembentangan tersebut Khairy menyatakan, Malaysia mengambil maklum laporan dalam dokumen A75/9 dan memberi sokongan kepada beberapa perkara yang disenaraikan dalam Lampiran 2.

Ini terutama syor kumpulan kerja agar negara anggota meningkatkan sumbangan kewangan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Beliau juga memaklumkan, kerajaan Malaysia bersetuju dengan cadangan peningkatan progresif nilai sumbangan negara ini daripada 20% pada 2024 kepada 40% pada 2029.

(Khairy Jamaluddin membentangkan laporan kerja kumpulan di Perhimpunan Kesihatan Dunia (WHA) ke-75 di Geneva, Switzerland/KKM)

Malaysia juga bersetuju dengan syor kumpulan kerja agar negara anggota dan negara penderma menyediakan WHO dengan sumbangan sukarela yang tidak mengetepikan sepenuhnya pembiayaan segmen program asas WHO.

Selain itu, Malaysia secara dasarnya bersetuju melanjutkan tempoh sebagai tuan rumah Pusat Servis Global WHO di Cyberjaya yang kontraknya bakal tamat pada Disember 2022 selepas tempoh 15 tahun.

Media Baharu