fb fb fb fb fb

Duta Australia di AS padam ciapan kritik Trump

Duta Australia di Washington, Kevin Rudd

SYDNEY, 7 November- Duta Australia yang popular di Washington, Kevin Rudd telah memadamkan beberapa kiriman media sosial yang mengkritik Donald Trump, selepas kemenangan pemimpin Republikan itu dalam pilihan raya presiden.

Jabatan Hal Ehwal Luar Australia mengesahkan bahawa Rudd telah memadam ciapan di platform media sosial X yang sebelum ini menyifatkan Trump sebagai seorang yang "rosak" dan "pengkhianat kepada Barat".

Seorang pegawai jabatan tersebut memberitahu satu sesi pendengaran parlimen pada Khamis bahawa Rudd memadamkan ciapan tersebut bagi "mengelakkan kemungkinan kenyataan itu disalah tafsir."

“Rudd menantikan kerjasama dengan Presiden Trump dan pasukannya untuk terus memperkukuhkan hubungan perikatan AS-Australia,” tambah pegawai itu.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE