TEXAS, 8 Jun- Sebuah lori tangki yang membawa muatan sebanyak 5,000 gelen minyak diesel terbakar di kawasan kejiranan di Desoto, dekat sini, Amerika Syarikat, semalam.
Jabatan Bomba Desoto, memaklumkan operasi yang mencabar itu menggunakan teknik memadam dengan air dan buih sehingga ia terkawal.
Beberapa penduduk yang tinggal berhampiran kawasan kejadian turut diarah berpindah sementara ketika operasi pemadaman dan pembersihan dijalankan atas faktor keselamatan.
Tiada kenderaan lain terlibat dalam kebakaran tersebut dan pemandu lori juga selamat tanpa sebarang kecederaan, menurut jabatan itu. -Reuters