fb fb fb fb fb

Kanak-kanak 2 tahun positif selesema burung H5N1 di Australia

Gambar hiasan

GENEVA, 8 Jun - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun disahkan positif selesema burung H5N1 selepas mengembara ke India.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sebelum ini kanak-kanak itu menjalani rawatan rapi di hospital di Australia.

"Ini adalah kes jangkitan manusia pertama selepas disahkan positif virus avian influenza A(H5N1) yang dikesan dan dilaporkan oleh Australia," kata WHO dalam satu kenyataan.

Agensi kesihatan PBB berkata, meskipun punca jangkitan virus tersebut belum dikenal pasti namun berdasarkan sejarah perjalanan kanak-kanak tersebut dia pernah mengembara ke India yang mana India mempunyai rekod selesema burung H5N1 sebelum ini.

Budak tersebut telah mengembara ke Kolkata, India pada 12 hingga 29 Februari tahun ini. Bagaimanapun, dia tidak bersentuhan dengan sesiapa atau haiwan yang sakit.

Selepas tiba di Australia pada 1 Mac, gadis itu dihantar ke sebuah hospital di negeri tenggara Victoria pada keesokan harinya apabila mendapati gejalanya bertambah teruk.

Kemudian kanak-kanak itu dimasukkan selamat seminggu dan menjalani rawatan rapi di Melbourne pada 4 Mac lalu.

Selepas hampir tiga minggu di hospital, dia dibenarkan keluar.

Berdasarkan dakwaan tersebut, pihak berkuasa India telah dihubungi dan melakukan siasatan epidemiologi. 

Pada 2021, seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut akibat virus selesema burung, H5N1, sekali gus menjadi kes kematian pertama di India. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN