fb fb fb fb fb

Seorang pelajar maut akibat tembakan rambang di Panama

Pihak berkuasa Panama berada di tempat kejadian tembakan rambang berlaku di luar kawasan Universiti Panama (UP)/Foto AFP

PANAMA, 8 Jun - Sekurang-kurangnya seorang pelajar maut selepas dua lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah sekumpulan pelajar universiti yang dipercayai berpunca daripada perselisihan faham kumpulan samseng.

Pihak berkuasa melaporkan bahawa seorang lagi cedera dalam kejadian itu di kampus Universiti Panama di Santiago de Veraguas.

Motif kejadian dipercayai untuk membalas dendam di antara kumpulan penjenayah terbabit, kata Timbalan Pesuruhjaya Polis Hector Delgado dalam satu video yang dimuat naik di media sosial.

Kejadian tembakan di kolej dan institusi jarang berlaku di Panama yang mempunyai 4.2 juta penduduk dengan merekodkan 544 pembunuhan pada 2023. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN