fb fb fb fb fb

Replika logo Twitter dilelong dengan harga AS$100,000

(Foto ihsan oleh pengendali lelongan, Heritage Golden Pasrtner/AFP)

SAN FRANCISCO, 18 Januari- Sebuah replika berbentuk burung yang merupakan logo Twitter dijual dengan harga A$100,000 dalam sesi lelongan perabot,dan peralatan di ibu pejhabat syarikat itu, di sini.

Pengendali acara lelong, Heritage Global Partners mengesahkan, antara barang yang dilelong secara dalam talian itu termasuk lampu neon bersaiz 10 kaki berbentuk burung logo Twitter, yang dijual dengan harga A$40,000.

Antara 631 lot lelongan termasuk mesin espreso, meja ergonomik, televisyen, stesen pengecasan basikal elektrik, ketuhar oven dan pasu hiasan berbentuk "@".

Meja bilik mesyuarat diperbuat daripada kayu tebus guna dilelong pada harga AS$10,500 manakala mesin espresso mewah La Marzocco Strada 3 yang mana harga runcit berjumlah AS$30,000 dilelong sekitar AS$13,500, sementara tanaman hiasan dengan simbol '@' dilelong pada harga hampir AS$15,000

Penjualan itu dibuat dalam usaha pemiliknya, Elon Musk mengurangkan kos di Twitter berikutan pembelian AS$44 billion syarikat itu tahun lalu.

Hanya beberapa minggu selepas pemilikan Twitter, Musk memecat kira-kira separuh daripada 7,500 tenaga kerjanya, mencetuskan kebimbangan bahawa syarikat itu tidak mempunyai kakitangan yang mencukupi.


(Lampu neon bersaiz 10 kaki berbentuk burung logo Twitter, yang dilelong dengan harga A$40,000/AFP)

Musk berkata strateginya adalah untuk mengurangkan kos secara besar-besaran sambil membina hasil, dan perkhidmatan langganan A$8 baharu yang dipanggil Twitter Blue akan membantu matlamat berkenaan.

Twitter yang diterajui Musk telah dirundung huru-hara, dengan pemberhentian beramai-ramai, pengembalian akaun yang diharamkan dan penggantungan tenrhadap pengkritik jutawan kelahiran Afrika Selatan itu.

Pengambilalihan Musk juga menyaksikan tercetusnya sentimen perkauman atau kebencian, dan menggugat minat pengiklan besar yang merupakan sumber pendapatan utama Twitter. -AFP

Media Baharu