fb fb fb fb fb

Lima terbunuh dalam letupan bom kereta di Cali

Foto AFP

CALI, 22 Ogos - Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh manakala puluhan lagi cedera dalam satu letupan bom kereta di bandar Cali, Colombia.

Letupan berlaku berhampiran Sekolah Penerbangan Tentera Marco Fidel Suárez di utara bandar itu.

Polis dan tentera segera dikerahkan ke lokasi kejadian untuk mengawal keadaan.

Insiden itu dilihat sebagai satu lagi cabaran besar terhadap proses damai rapuh Colombia menjelang pilihan raya umum 2026. -AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM