fb fb fb fb fb

Putera Mahkota Arab Saudi sambut ketibaan Presiden Mesir di Neom

Foto VIORY

NEOM, 22 Ogos - Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman, menyambut ketibaan Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi di Lapangan Terbang Neom Bay, Arab Saudi, pada Khamis.

Rakaman menunjukkan pesawat yang membawa pemimpin berkenaan mendarat sebelum Presiden Mesir turun dan disambut Putera Mahkota Arab Saudi.

Jurucakap Presiden Mesir, Mohammed al-Shinawi, berkata pertemuan itu mencerminkan komitmen kedua-dua pemimpin untuk memperkukuh kerjasama dua hala serta penyelarasan dalam isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.

Beliau memaklumkan, rundingan di Neom akan memberi tumpuan kepada pengukuhan perkongsian strategik, dengan penekanan terhadap kepentingan bersama dalam bidang politik, ekonomi dan pembangunan.

Kedua-dua pemimpin dijangka turut membincangkan perkembangan utama di Gaza, Lubnan, Syria, Sudan, Libya dan Yaman, selain isu keselamatan di Laut Merah. -VIORY

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM