fb fb fb fb fb

Lima murid maut petir sambar sekolah di Congo

FOTO HIASAN/AFP

BUNIA, 13 Disember- Lima orang murid maut dan sekurang-kurangnya 13 cedera selepas petir menyambar sebuah sekolah rendah di timur Republik Demokratik Congo pada Isnin lalu.

Pegawai pentadbiran tempatan, Roger Adirodu berkata, petir menyambar sekolah itu yang terletak di kampung Bukiringi, wilayah Ituri pada waktu pagi ketika sebilangan murid sedang membersihkan bilik darjah mereka.

"Dua kanak-kanak perempuan dan tiga kanak-kanak lelaki terbunuh dalam kejadian itu.

"Mangsa berusia antara lima hingga 13 tahun," kata Adirodu.

Ituri kerap dilanda bencana alam semasa musim hujan dengan sering memusnahkan sekolah dan bangunan lain. -AFP

SITI AISHAH BINTI MD ISA