NEVADA, 26 Jun- Polis di Las Vegas Utara pada Selasa menangkap seorang lelaki yang disyaki menembak dan membunuh lima orang di sebuah kompleks pangsapuri, menurut laporan media tempatan.
Akhbar Las Vegas Review-Journal, memetik kenyataan polis, berkata selain lima yang maut, seorang gadis berusia 13 tahun turut ditembak dan berada dalam keadaan kritikal di hospital berdekatan.
Polis Las Vegas Utara tidak mengulas lanjut.
Polis mengenal pasti suspek dikenali sebagai Eric Adams, 57, disyaki melakukan tembakan pada Isnin di dua pangsapuri berbeza dalam kompleks pangsapuri yang sama.
Polis tidak memberikan butiran mengenai sebarang kemungkinan motif tembakan itu, dan mereka juga tidak menyatakan bila atau bagaimana mereka menangkap Adams.
Nama mangsa belum didedahkan, namun polis memaklumkan mangsa yang maut adalah empat wanita dan seorang lelaki, menurut akhbar itu.- REUTERS