fb fb fb fb fb

Lima maut dalam serangan Israel di tempat perlindungan rakyat Gaza

Foto AFP

GAZA, 20 Disember – Penduduk Palestin mengadakan upacara pengebumian pada Sabtu bagi lima individu yang terbunuh dalam serangan Israel di sebuah sekolah yang menjadi tempat perlindungan penduduk awam yang terpaksa berpindah di kawasan Tuffah, timur Gaza.

Perkhidmatan Kecemasan Awam Palestin menerusi kenyataan berkata kebanyakan mangsa adalah kanak-kanak, manakala beberapa yang cedera telah dipindahkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Tambah agensi itu, mayat hanya dapat dikeluarkan selepas Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UN OCHA) berkerjasama dengan pihak Israel.

Sementara itu, kumpulan pejuang Hamas, mengecam serangan itu sebagai jenayah kejam dan satu lagi pelanggaran perjanjian gencatan senjata.

Kematian lima individu itu menjadikan jumlah penduduk Palestin yang terkorban akibat tembakan Israel meningkat kepada 400 orang sejak gencatan senjata bermula pada Oktober, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) seperti biasa mengunakan alasan serangan itu menyasarkan beberapa individu yang disyaki berada dalam struktur arahan di luar garis gencatan senjata, dan pasukannya melepaskan tembakan ke arah mangsa.

ROSLINA BINTI DIN