fb fb fb fb fb

Lima cedera dalam runtuhan bangunan di Perancis

FOTO AFP

MARSEILLE, 9 April- Runtuhan bangunan kediaman empat tingkat di Marseille hari ini menyebabkan sekurang-kurangnya lima orang cedera.

Kebakaran yang tercetus, menyukarkan pekerja penyelamat untuk mencari mangsa runtuhan.

Menurut Datuk Bandar Marseille, Benoit Payan, tragedi runtuhan di bandar pelabuhan di selatan Perancis itu berlaku sekitar 12.40 pagi waktu tempatan dan memusnahkan dua bahagian bangunan di sekitarnya.

"Api amat sukar untuk dikawal. Anggota bomba menilai setiap waktu demi mendapatkan cara terbaik untuk memadamkan kebakaran. Kami amat yakin bahawa ada orang yang masih berpeluang untuk hidup dalam runtuhan ini.

"Kita perlu bersedia dengan situasi getir ini, keberadaan mangsa dalam apa jua keadaan untuk kita selamatkan daripada tragedi yang dahsyat ini," kata Payan.


(Penduduk berhampiran diarah meninggalkan kediaman sehingga urusan
operasi pencarian dan analisis risiko dibuat pihak berkuasa/AFP)

Situasi debu tebal akibat runtuhan memenuhi persekitaran, selain anggota bomba sedang berusaha untuk menembusi serpihan bangunan.

"Kami cuba mempercepatkan operasi mencari dan menyelamat kerana masa adalah penting tetapi anjing pencari tidak dapat tahan dengan suhu panas, kata komander bomba marin Marseille, Lionel Mathieu.

Tambah pihak berkuasa, angka mangsa terbabit dalam runtuhan masih belum dapat dipastikan.

Usaha pembersihan giat dijalankan bagi memudahkan urusan pencarian, tetapi tidak memudaratkan mangsa di bawah runtuhan.- AFP

 

Media Baharu