KIEV, 9 April- Seorang lelaki berusia 50 tahun dan anak perempuannya berusia 11 tahun terbunuh selepas serangan peluru berpandu Rusia mengenai sebuah rumah di bandar Zaporizhzhia, tenggara Ukraine.
Ia adalah serangan terbaru Rusia ke atas infrastruktur awam di Ukraine ketika pencerobohan Moscow menjangkau ke tahun kedua.
“Musuh melakukan serangan peluru berpandu ke atas Zaporizhzhia dan membunuh satu lagi keluarga Ukraine,” kata ketua Perkhidmatan Kecemasan Negara, Sergiy Kruk, di media sosial.
Menurut Ketua Majlis Bandaraya Zaporizhzhia, Anatoliy Kurtiev, gadis berkenaan dilaporkan meninggal dunia dalam ambulans ketika dikejarkan ke hospital.
Petugas penyelamat berjaya menarik ibu gadis itu yang berusia 46 tahun, hidup-hidup dari bawah runtuhan manakala anak perempuan
Anak perempuan sulungnya tiada di rumah ketika tentera Rusia menyerang pada waktu malam, kata Perkhidmatan Kecemasan Negeri.
Kurtiev berkata dua peluru berpandu Rusia mengenai bangunan kediaman, sambil menambah bahawa tingkap dan bumbung rosak di berpuluh-puluh rumah jiran.
Wilayah Zaporizhzhia adalah salah satu daripada empat wilayah Ukraine yang ditawan oleh Presiden Rusia, Vladimir Putin tahun lalu.- AFP
(FOTO REUTERS)