fb fb fb fb fb

Tujuh maut dalam nahas kebakaran rumah di Manila

FOTO AFP

MANILA, 9 April- Tujuh orang termasuk dua kanak-kanak maut dalam kebakaran pada petang Sabtu berhampiran ibu negara Filipina.

Menurut pihak polis, kebakaran itu memusnahkan 40 rumah di perbandaran Taytay, kawasan berpenduduk padat di tenggara Manila.

Mangsa yang terkorban terdiri daripada beberapa keluarga dilaporkan tinggal dalam satu rumah.

Mereka terperangkap dalam kebakaran, kerana hanya mempunyai satu akses keluar masuk sahaja.

Mangsa termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dan seorang lelaki berusia 12 tahun.

"Mereka tidak dapat melarikan diri. Mereka terperangkap.

Mereka didapati berpelukan antara satu sama lain," kata pemangku ketua polis Taytay, Joel Custodio kepada AFP.


(Foto Media Sosial)

Tambah polis, sekurang-kurangnya seorang cedera akibat serpihan yang terjatuh.

Insiden itu menyebabkan sekurang-kurangnya 60 keluarga kehilangan tempat tinggal.

Pihak berkuasa memaklumkan usaha pemadaman mengambil masa kira-kira dua jam dengan penyiasat mengesyaki punca berlaku akibat pendawaian rosak di dalam salah sebuah rumah.- AFP

Media Baharu