fb fb fb fb fb

Licik guna media sosial perdaya mangsa, pedofilia berusia 31 tahun akhirnya dicekup

(FOTO HIASAN)

MONTREAL, 2 Mac- Seorang lelaki berusia 31 tahun menghadapi 96 pertuduhan berkaitan serangan seksual dan penderaan kanak-kanak yang disasarkannya menggunakan platform media sosial, kata polis Kanada pada Rabu.

Polis turut menambah, mereka percaya terdapat lebih ramai mangsa.

Daniel Langdon, didakwa dengan 39 pertuduhan melakukan serangan seksual, juga disyaki menghasilkan dan memiliki pornografi kanak-kanak, kata polis Toronto dalam satu sidang akhbar.

"Umur mangsa adalah dalam kalangan tujuh hingga 17 tahun dan jenayah tersebut didakwa berlaku antara April 2021 dan Februari tahun ini," kata detektif Vijay Shetty kepada pemberita.

Mangsa yang tinggal di bahagian berlainan wilayah Ontario, dipercayai menjadi sasaran dengan menggunakan aplikasi internet seperti Snapchat, Instagram, TikTok dan Twitter.

Langdon, yang digambarkan sebagai sangat aktif di media sosial, "menggunakan beberapa nama pengguna dan alamat e-mel di pelbagai platform media sosial dan dalam beberapa kes mengubah imejnya untuk kelihatan lebih muda," kata Shetty.

Semasa pemeriksaan di rumah Langdon, polis menemui pornografi kanak-kanak dan bukti yang menunjukkan bahawa Langdon telah menyerang secara seksual seorang kanak-kanak berumur tujuh tahun di sebuah taman di Toronto.

Suspek telah pun didakwa memiliki pornografi kanak-kanak setakat 2016, dan dilarang melawat taman awam atau berhubung dengan sesiapa di bawah umur 16 tahun.

Langdon telah ditangkap pada 7 Februari lalu.- AFP


(FOTO HIASAN)

Media Baharu