fb fb fb fb fb

Argentina bergelap

(Seorang pengusaha farmasi di Buenos Aires terpaksa menutup sementara 
operasi 
perniagaannya gara-gara gangguan bekalan elektrik / AFP)

BUENOS AIRES, 2 Mac- Beberapa wilayah di Argentina mengalami gangguan bekalan elektrik sekali gus menyebabkan berkuta-juta isi rumah bergelap.

Selain melumpuhkan operasi industri gangguan bekalan elektrik turut menyebabkan pengangkutan awam tergendala.

Wilayah yang paling terjejas, sudah tentu ibu negara iaitu Buenos Aires.

Tambah perit, gangguan berlaku ketika suhu musim panas semakin meningkat.

Bekalan elektrik kembali pulih sekitar pukul 6.00 petang dengan sistem metro dan perkhidmatan awam dipulihkan secara beransur-ansur.

Laporan gangguan pertama dilaporkan pada pukul 4.00 petang, dengan lampu isyarat tidak berfungsi dan stesen metro Buenos Aires dalam kegelapan.

Timbalan Setiausaha Tenaga Argentina Santiago Yanotti memberitahu rangkaian C5N bahawa permintaan tenaga telah melonjak disebabkan oleh suhu yang tinggi.

Di Buenos Aires, suhu 36 darjah Celsius dicatatkan pada hari Rabu.

Gangguan tenaga dipercayai berpunca daripada kebakaran di padang berhampiran talian kapasiti tinggi yang disambungkan ke loji kuasa nuklear Atucha 1, kata Yanotti.

Loji itu kemudiannya dihentikan sementara sebagai langkah berjaga-jaga, namun akhirnya mencetuskan masalah yang meluas di seluruh negara, kata pihak berkuasa nuklear negara Nucleoelectrica.

Tiada data rasmi mengenai jumlah isi rumah yang terjejas, tetapi sumber kerajaan memberitahu AFP bahawa wilayah Cordoba, Santa Fe dan Mendoza bersama Buenos Aires mengalami gangguan. -AFP


(Pengguna perkhidmatan metro terpaksa menunggu
sehingga bekalan elektrik kembali pulih / AFP
)

Media Baharu