fb fb fb fb fb

6 terkorban akibat letupan loji oksigen di Bangladesh

(Anggota bomba dan penyelamat berada di lokasi letupan di loji oksigen di Pelabuhan Chittagong tenggara pada Sabtu/FOTO AFP)

DHAKA, 5 Mac - Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan beberapa lagi cedera apabila kebakaran berlaku susulan letupan di loji oksigen di tenggara Bangladesh Sabtu, kata pegawai.

Menurutnya, angka kematian mungkin meningkat ketika operasi menyelamat sedang dijalankan di kilang di Sitakunda, 40 kilometer (25 batu) dari bandar pelabuhan Chittagong tenggara.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan punca yang menyebabkan letupan itu, kata seorang pegawai bomba.

"Enam mayat ditemui di lokasi kejadian," kata Pegawai Kerajaan Tempatan, Shahadat Hossain kepada Reuters, sambil menambah operasi menyelamat masih diteruskan.

Menurut pegawai polis, Nayhanul Bari yang memetik kenyataan saksi, satu letupan besar kedengaran yang menggegarkan kawasan dengan radius sehingga dua kilometer.

Pada Jun lalu, satu kebakaran besar di sebuah depoh kontena di kawasan itu mengorbankan 50 orang dan mencederakan hampir 200 orang. - REUTERS


(Letupan loji oksigen turut dirasai beberapa kilometer jauhnya daripada tempat kejadian/FOTO AFP)

Media Baharu