fb fb fb fb fb

Letupan kuat di Universiti Mindanao, tiga terbunuh

Pihak berkuasa ketika meninjau keadaan dewan tempat kejadian letupan kuat berlaku di Universiti State Mindanao, Selatan Filipina/FOTO REUTERS

MANILA, 3 Disember – Satu letupan kuat berlaku mengakibatkan tiga nyawa terbunuh dan mencederakan sembilan yang lain ketika upacara keagamaan Katolik di salah sebuah dewan Universiti State Mindanao, dekat selatan Filipina, kata Pengarah Polis Serantau, Brigadier Jeneral Allan Nobleza.

Tambah Allan, pihak berkuasa sedang menyiasat kejadian pada Ahad itu yang didakwa mungkin dilakukan oleh penyokong kumpulan militan daesh untuk membalas dendam.

Letupan itu berlaku di Marawi, sebuah bandar yang dikepung oleh militan daesh dalam tempoh lima bulan pada 2017.

Semalam, tentera Filipina berkata telah membunuh 11 kumpulan militan, termasuk anggota Dawlah Islamiyah-Filipina dalam operasi ketenteraan sehari sebelumnya di wilayah Maguindanao del Sur.

"Saya mengutuk insiden pengeboman ganas yang berlaku pagi ini," kata Gabenor Lanao del Sur, Mamintal Adiong Jr dalam satu kenyataan.

"Serangan pengganas ke atas institusi pendidikan juga perlu dikutuk kerana ia adalah tempat yang menggalakkan budaya keamanan," katanya.

Dalam pada itu, Universiti Negeri Mindanao menerusi kenyataan di Facebook menzahirkan rasa dukacita dengan insiden tersebut.

"Amat sedih dan terkejut dengan tindakan keganasan yang berlaku ketika sedang melakukan perhimpunan keagamaan," katanya sambil mengutuk sekeras-kerasnya tindakan masuk akal dan ngeri itu.

Universiti itu memaklumkan untuk menggantung sementara operasi kelas sehingga diberitahu.

GRACE AISYAH KEDAYAN