fb fb fb fb fb

Letupan kilang arak di Mexico, lima terbunuh

FOTO REUTERS

GUADALAJARA, 24 Julai- Letupan di sebuah kilang arak di Mexico membunuh lima orang, semalam, kata pihak berkuasa tempatan.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 4.30 petang waktu tempatan di kilang penyulingan, dikenali sebagai La Rojena.

"Setakat ini, kematian lima orang disahkan iaitu pekerja syarikat pengeluar tequila, Jose Cuervo" kata unit perlindungan awam di negeri Jalisco dalam kenyataan.

Dua lagi cedera, manakala seorang parah, tambah kenyataan itu.

Punca letupan masih dalam siasatan.

Insiden terbabit dilapor telah menjejaskan empat buah kontena dengan kapasiti 219,000 liter setiap satu, dengan dua daripadanya runtuh.

Rakaman dari kamera keselamatan perbandaran menunjukkan salah satu kontena 'terbang' beberapa meter ke udara selepas letupan yang menyebabkan kebakaran.

Bagaimanapun, api berjaya dikawal beberapa jam kemudian melibatkan seramai 50 anggota bomba. -AFP

 

2407 BD MEXICO KILANG TERBAKAR 2
FOTO REUTERS

SITI AISHAH MD ISA