fb fb fb fb fb

Pakistan lanjut cuti musim panas, 100,000 sekolah ditutup

FOTO HIASAN

KARACHI, 24 Julai- Cuti sekolah musim panas dilanjutkan selama dua minggu di selatan Pakistan susulan gelombang haba yang menjejaskan lebih 100,000 sekolah.

“Kami memutuskan untuk menutup sekolah selama 14 hari lagi untuk kesejahteraan anak-anak,” kata Atif Vighio, jurucakap jabatan pendidikan di wilayah Sindh.

Negara itu bergelut dalam beberapa siri gelombang panas pada Mei dan Jun, dengan suhu memuncak lebih 50 darjah Celsius (°C) di bahagian luar bandar Sindh.

Pihak berkuasa di wilayah Punjab pula telah memulakan percutian musim panas pada Mei iaitu seminggu lebih awal untuk melindungi pelajar daripada panas yang "membakar".

Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNICEF) memaklumkan lebih tiga perempat kanak-kanak di Asia Selatan -- atau 460 juta -- terdedah kepada suhu melebihi 35°C selama sekurang-kurangnya 83 hari setahun. -AFP

SITI AISHAH MD ISA