fb fb fb fb fb

Letupan gas: Tujuh maut di restoran ayam goreng di China

FOTO REUTERS

HEBEI, 16 Mac- Tujuh terbunuh dan 27 yang lain mengalami kecederaan akibat letupan disebabkan kebocoran gas di sebuah restoran ayam goreng di utara China, baru-baru ini.

Bagaimanapun, 14 mangsa cedera telah dibenarkan keluar dari hospital, manakala selebihnya dalam keadaan stabil.

Video yang dirakam sekitar pukul 9.00 pagi pada Rabu lalu dekat bandar Yanjiao di sini menunjukkan asap tebal berkepul-kepul dari lokasi kejadian.

Punca letupan sedang disiasat oleh pihak berkuasa. -Reuters

SITI AISHAH MD ISA