fb fb fb fb fb

Hamas, Houthi adakan pertemuan selaras tindakan ke atas Israel

Abdul Malik al-Houthi/AFP

PALESTIN, 16 Mac- Tokoh kanan kumpulan pejuang pembebasan Palestin, Hamas dan kumpulan Houthi dari Yaman dilapor mengadakan pertemuan bagi membincangkan penyelarasan tindakan mereka terhadap negara haram Israel, jelas sumber dari Palestin kepada AFP, semalam.

Kedua-dua pihak tersebut telah mengadakan "pertemuan penting" berkenaan pada minggu lalu di sebuah lokasi tidak dinyatakan.

Difahamkan, pertemuan itu turut disertai oleh wakil kumpulan Jihad Islam dari Palestin.

Selain penyelarasan tindakan, mereka turut berbincang mengenai rancangan Israel yang mahu melakukan serangan darat ke atas Rafah.

Dalam pada itu, Houthi mengesahkan bahawa serangan ke atas perkapalan yang mempunyai kaitan dengan Israel di Laut Merah akan diteruskan sebagai solidariti dengan penduduk Gaza, menurut sumber Hamas dan Jihad Islam.

Malah, pemimpinnya, Abdul Malik al-Houthi pada Khamis lalu memberi amaran bahawa pihaknya akan memperluaskan serangan ke atas kapal musuh di Tanjung Harapan, Afrika Selatan yang cuba mengelak daripada melalui Laut Merah.

Semalam, Pejabat Perdana Menteri Israel memaklumkan, Benjamin Netanyahu telah meluluskan rancangan tentera untuk operasi di Rafah. -AFP

SITI AISHAH MD ISA