BOGOTA, 23 Mei - Sekurang-kurangnya seorang terbunuh dalam satu letupan di kilang memproses bunga api di pinggir ibu kota Colombia, Bogota.
Menurut Datuk Bandar Bogota, Carlos Galan, insiden itu turut menyebabkan 33 orang lagi mengalami kecederaan.
"Letupan kuat itu turut merosakkan tingkap rumah-rumah berhampiran kilang tersebut.
"Punca insiden masih dalam siasatan," katanya kepada pemberita di sini.
Sementara menurut Datuk Bandar Soacha, Julian Sanchez Perico, insiden tragis itu menyebabkan seorang wanita terkorban.
"Mangsa yang cedera termasuk dua dalam keadaan kritikal dipindahkan ke empat hospital.
"Kira-kira 150 pekerja kilang telah dipindahkan dari premis itu selepas letupan itu," katanya menerusi platform X. - AFP