MOSCOW, 23 Mei- Sekurang-kurangnya lapan orang terkorban selepas sebuah asrama yang menempatkan pendatang asing tanpa izin terbakar di Moscow, hari ini.
Menurut jurucakap pendakwa raya, insiden tersebut berlaku di sebuah bangunan kediaman dua tingkat di daerah Istrinsky.
"Pasukan penyelamat telah menemukan lapan mayat di rumah tersebut.
"Dua penghuni terselamat, telah melarikan diri," katanya kepada pemberita di sini.
Difahamkan, rumah tersebut sebelum ini disewa oleh lelaki berusia 23 tahun.
Lelaki tersebut kemudian menyerahkan rumah terbabit kepada warga asing yang tidak berdaftar di Rusia.