fb fb fb fb fb

Letupan bom bersiri, 38 lelaki dijatuhi hukuman mati

FOTO REUTERS


GUJARAT, INDIA, 19 Februari
-
Mahkamah di Gujarat, India menjatuhkan hukuman mati ke atas 38 lelaki dalam kes letupan bom bersiri di Ahmedabad pada 2008.

Manakala, 11 lagi dihukum penjara seumur hidup atas kesalahan melakukan serangan yang mengorbankan 56 nyawa itu.

Sementara itu, 28 daripada tertuduh dibebaskan selepas perbicaraan panjang yang berakhir pada September 2021.

Pada 8 Februari lalu, seramai 49 suspek telah disabitkan bersalah terhadap serangan tersebut oleh mahkamah sama.

Polis sebelum ini berkata, serangan didalangi kumpulan Mujahidin India yang bermotifkan balas dendam terhadap rusuhan Gujarat pada 2002 yang menyaksikan 2,000 orang terbunuh. -REUTERS

 

Media Baharu