FOTO AFP
POLAND, 19 Februari- Konflik Rusia-Ukraine makin panas, setelah menyaksikan Jerman menambah tentera di negara jiran, Lithuania.
Seramai 130 anggota tentera Jerman dan 60 kenderaan perisai tiba di Lithuania, Khamis lalu.
Jumlah tentera yang dihantar itu merupakan separuh daripada bantuan ketenteraan yang dirancang Jerman bagi pasukan NATO.
Presiden Lithuania, Gitanas Nauseda berkata, beliau yakin Canselor Jerman, Olaf Scholz akan berusaha membela Lithuania sekiranya diserang.
"Tentera Jerman telah berada di wilayah Lithuania untuk mempertahankan negara itu daripada ancaman luar.
"Operasi ketenteraan Jerman di Lithuania akan berakhir minggu ini," katanya.
Leftenan Kolonel Daniel Andrae pula berkata, operasi tersebut bakal memperkuatkan pasukan tentera Jerman di Lithuania dengan lebih 350 tentera dan 100 kelengkapan perang. -AFP