CARACAS, 3 April - Seorang lelaki yang dipercayai tertua di dunia meninggal dunia pada usia 114 pada Khamis kata saudara-maranya.
Juan Vicente Perez Mora diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai lelaki paling tua di dunia pada 4 Februari 2022 ketika berusia 112 tahun dan 253 hari.
Mendiang Mora meninggalkan 11 orang anak selain 41 orang cucu,18 cicit dan 12 piut.
Mora yang bekerja sebagai petani dikenali sebagai Tio Vicente dilahirkan di sebuah bandar El-Cobre, daerah Andean, Tachira pada 12 May 1909.
Dia merupakan anak kesembilan daripada 10 adik-beradik.
"Pada usia lima tahun, mendiang mula bekerja dengan ayah dan adik-beradiknya dalam bidang pertanian khususnya dalam penanaman tebu dan kopi", kata kenyataan yang dikeluarkan Guinness pada 2022.
Perez pernah bekerja sebagai Sheriff dan bertanggungjawab menyelesaikan masalah pembahagian tanah dan pertelingkahan antara keluarga ketika masih bekerja di bidang pertanian.
Sementara itu, Presiden Venezuela turut melahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Mora atas pemergian mendiang menerusi aplikasi media sosial X.-AFP