fb fb fb fb fb

Laluan kedua dibuka di sekitar Jambatan Francis Scott Key

Jambatan Francis Scott Key yang runtuh di Sungai Patapsco di Baltimore, Maryland/REUTERS

BALTIMORE, 3 April- Pasukan pemulihan membuka laluan kedua yang membolehkan kapal yang lebih kecil menggunakan Pelabuhan Baltimore pada Selasa. Tetapi kebanyakan kapal komersial masih tidak boleh melalui laluan itu berikutan jambatan runtuh akibat dilanggar kapal kontena seminggu lalu.

Pasukan termasuk Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) dan negeri Maryland memaklumkan kru telah membersihkan saluran dengan kedalaman 14 kaki (4.3 meter) pada Isnin.

Saluran utama telah disekat sejak kapal kontena dengan muatan penuh kehilangan kuasa dan merempuh tiang sokongan Jambatan Francis Scott Key seminggu yang lalu. Kejadian itu meragut enam pekerja jalan raya dan menyebabkan jambatan lebuh raya itu runtuh ke dalam Sungai Patapsco.

Kedua-dua laluan tambahan itu membolehkan akses untuk kapal kecemasan, kapal tunda dan tongkang Menurut pegawai mereka perlu membersihkan serpihan jambatan sebelum membuka laluan utama, sedalam 50 kaki (15 meter) itu. Kapal kargo memerlukan kedalaman sekurang-kurangnya 35 kaki, kata Gabenor Maryland Wes Moore dalam satu sidang media.

Pelabuhan Baltimore berada di kedudukan pertama di Amerika Syarikat kerana ia mengendalikan laluan kereta dan trak ringan, ladang dan jentera pembinaan termasuk laluan import dan eksport.

Walaupun kebanyakan tiang yang masih kelihatan utuh namun di bawah air terdapat jaring keluli yang berselirat akibat runtuhan berkenaan. Ia menyukarkan krew penyelamat untuk memotong serpihan menjadi kepingan dan mengangkatnya keluar menggunakan kren, kata pegawai.

"Apa yang kita lihat di dalam air ialah serpihan telah runtuh sepenuhnya. Tetapi itu menjadikannya sangat sukar untuk menentukan di mana untuk memotong, bagaimana untuk memotong," kata Tentera AS Kor Jurutera Kolonel Estee Pinchasin dalam sidang media.

Mayat empat mangsa masih terperangkap bawah serpihan, kata pegawai. Penyelam menemukan dua lagi mayat. Presiden Joe Biden akan melawat tapak itu pada Jumaat, kata White House.

Pentadbiran Biden membantu mendapatkan peralatan dan pembiayaan kecemasan awal sebanyak $60 juta untuk memulakan pemulihan. Presiden telah meminta Kongres untuk membiayai semula jambatan yang merupakan sebahagian daripada lebuh raya menghubungkan laluan sekitar Baltimore.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI