WASHINGTON, 3 April- Iran menghadapi dilema berikutan serangan Israel ke atas kedutaannya di Syria dan ingin bertindak balas berkenaan serangan itu namun tidak mahu mencetuskan konflik.
Serangan pada Isnin itu mengorbankan dua jeneral Iran dan lima penasihat tenteranya di perkarangan kedutaan Iran di Damsyik.
Pemimpin Tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei berjanji untuk bertindak balas berkenaan insiden itu.
Tehran mempunyai pilihan, dan boleh melepaskan proksinya ke atas tentera Amerika Syarikat (AS) untuk menyerang Israel.
Serangan Iran terhenti pada Februari selepas Washington membalas dendam atas pembunuhan tiga tentera AS di Jordan dengan berpuluh-puluh serangan udara disasarkan ke atas Syria dan Iraq.
Pegawai AS berkata mereka masih belum mendapatkan maklumat risikan yang mencadangkan kumpulan yang disokong Iran berusaha untuk menyerang tentera AS berikutan serangan pada Isnin itu. Menurut media Iran, anggota IRGC dibunuh termasuk seorang brigedier jeneral Mohammad Reza Zahedi.
Amerika Syarikat pada Selasa memberi amaran kepada Tehran supaya tidak menyerang tenteranya.
"Kami tidak akan teragak-agak untuk mempertahankan kakitangan kami dan mengulangi amaran kepada Iran dan proksinya supaya tidak mengambil kesempatan daripada situasi itu... untuk meneruskan serangan mereka ke atas kakitangan AS," kata Timbalan Duta Besar AS ke PBB Robert Wood.- REUTERS