JAKARTA, 3 April- Selepas beberapa hari kemenangan Prabowo Subianto dalam pilihan raya pada Februari, duta China ke Indonesia datang ke rumahnya untuk mengucapkan tahniah.
Kedutaan China di Jakarta juga turut menghantar mainan untuk Bobby (kucing) peliharaannya.
Minggu ini, Prabowo ke Beijing atas jemputan Presiden China Xi Jinping.
Penganalisis berkata, China sedang merayu terhadap Presiden dan Menteri Pertahanan semasa untuk meneruskan dasar Presiden Joko Widodo (Jokowi). Ia termasuk mengukuhkan hubungan ekonomi dengan Beijing.
Bagaimanapun penganalisis menjangkakan Prabowo akan meneruskan dasar Jokowi. Namun beliau sukar diramal. Perkara itu ditambah dengan ketegangan geopolitik, seperti konflik di Laut China Selatan.
China membuat tuntutan ke atas hampir keseluruhan laluan air untuk lebih daripada $3 trilion dalam perdagangan maritim tahunan, tetapi tuntutan itu bertindih dengan Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina dan Vietnam, semua ahli Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) .
Hubungan China dengan Filipina telah merosot sejak beberapa bulan kebelakangan ini kerana tuntutan itu manakala hubungan Manila dengan Amerika Syarikat semakin meningkat.
Prabowo dijangka mahu bersikap lebih tegas terhadap Laut China Selatan, kata profesor hubungan antarabangsa di Universiti Jenderal Achmad Yani, Yohanes Sulaiman.
"Beliau sentiasa membawa konsep nasionalis," katanya. "Itu juga merupakan identiti beliau."
"Beliau sukar diramalkan (daripada Jokowi)," katanya.
"China mahu memastikan Prabowo meneruskan dasar Jokowi," kata pakar dasar luar Dewi Fortuna Anwar. "Amerika Syarikat dan China berebut-rebut untuk memastikan Indonesia memandang mereka."- REUTERS