fb fb fb fb fb

Lelaki serah diri selepas rampas bas, tembak dua penumpang di Brazil

Foto Reuters

RIO DE JANEIRO, 13 Mac - Seorang lelaki yang menembak dua orang awam dan mengambil 17 tebusan yang lain di stesen bas utama Rio de Janeiro, Brazil telah menyerah diri.

Menurut jurucakap polis, Marco Andrade, ketika kejadian, sebuah bas yang dijangka bertolak ke Bandar Juiz de Fora di Negeri Minas Gerais sedang menunggu penumpang di platform stesen sebelum dipecah masuk oleh suspek yang kemudiannya melepaskan tembakan.

"Tembakan berkenaan mengenai orang awam yang berada di stesen bas tersebut", kata Andrade kepada wartawan.

Andrade turut berkata kesemua tebusan termasuk orang tua dan kanak-kanak selamat dan telah dibebaskan.

Kecurian serta penculikan yang menyasarkan bas berhampiran stesen bas utama di Rio De Janeiro semakin kerap berlaku dengan beberapa kes menyaksikan bas-bas dibawa ke kawasan kejiranan miskin di bandar itu.

Dua orang cedera akibat tembakan dan menerima rawatan perubatan. Salah seorang daripada mereka dibawa ke hospital.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD