fb fb fb fb fb

Lelaki parah kena bongkah ais 'terbang' di China

FOTO REUTERS

HEILONGJIANG, 19 November- Seorang lelaki di China sedang bertarung nyawa selepas kepalanya terkena bongkah ais yang melayang dari punca tidak diketahui.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) merekodkan detik mangsa berjalan melepasi sebuah bangunan tinggi di Qitaihe dekat sini pada petang Selalu lalu.

Menerusinya, mangsa dilihat rebah di atas jalan bersalji serta jatuh pengsan selepas terkena objek berkenaan.

Tiga wanita di hadapannya pula segera beredar dan mencari perlindungan di bawah pokok berhampiran, manakala seorang lagi pejalan kaki meluru ke tepi bangunan untuk mengelak 'serangan' ais berbahaya.

Tidak lama kemudian, paramedik tiba di tempat kejadian dan membawa mangsa ke hospital.

Kecederaan itu menyebabkan dia kehilangan banyak darah dan berada dalam keadaan tidak stabil.

Polis berkata, lokasi kemalangan telah dikepung, manakala kerja-kerja membersihkan sisa ais di atas bangunan giat dijalankan bagi mengelak kejadian sama berulang. -Reuters

SITI AISHAH BINTI MD ISA