BAITULMAQDIS, 6 September - Seorang lelaki Palestin berusia 57 tahun maut ditembak tentera Israel berhampiran sekatan jalan raya di Tebing Barat pada Jumaat.
Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan mengesahkan kematian Ahmad Abdel Fattah Shahada akibat tembakan tentera Israel di kawasan sekatan berhampiran Nablus, utara Tebing Barat.
Sementara itu, pihak tentera Israel dalam kenyataan berasingan sering menjadikan alasan individu yang maut ditembak sebagai berbahaya dan bertindak melemparkan objek mencurigakan ke arah anggota yang bertugas di kawasan sekatan berkenaan.
Tindakan itu jelas menonjolkan kekejaman rejim Zionis dengan menyasarkan orang awam sebagai mangsa keganasan secara berterusan.
Sejak tercetus perang Gaza hampir dua tahun lalu, keganasan semakin memuncak di wilayah Palestin.
Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, peperangan Gaza yang memasuki hampir dua tahun mengorbankan lebih 64,000 rakyat Palestin, kebanyakannya orang awam.- AFP