fb fb fb fb fb

Lelaki maut diserang jerung di Sydney

FOTO HIASAN

SYDNEY, 6 September - Seorang lelaki berusia 57 tahun maut selepas diserang jerung ketika sedang meluncur di Pantai Long Reef, utara Sydney, pagi tadi.

Polis New South Wales dalam kenyataan memaklumkan mangsa yang merupakan seorang peluncur berpengalaman diserang kira-kira pukul 10 pagi.

Mangsa berjaya dibawa naik ke daratan oleh beberapa peluncur lain, namun kehilangan darah yang banyak menyebabkan beliau meninggal dunia di lokasi kejadian.

Pihak berkuasa masih belum mengenal pasti spesies jerung yang terlibat dalam serangan itu. Ekoran insiden berkenaan, beberapa pantai di sekitar kawasan terbabit ditutup sementara.

Kematian ini merupakan kes pertama melibatkan serangan jerung di Sydney sejak Februari 2022, apabila seorang perenang maut menjadi korban pertama selepas hampir enam dekad.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE