fb fb fb fb fb

Lelaki mati diserang beruang ketika joging

(Foto hiasan)

CALDES, 8 April- Seorang lelaki mati diserang seekor beruang ketika sedang berjoging di sekitar laluan hutan di barat laut Itali, berdekatan kawasan pergunungan berhampiran kampungnya di sini, dekat wilayah Trentino.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) Andrea Papi, 26, digerakkan sejurus keluarga mangsa membuat laporan atas kehilangan Papi pada Rabu.

Mayatnya ditemukan dengan kesan luka dalam di bahagian leher, lengan dan dada.

Bedah siasat pada Jumaat kemudian menyimpulkan mangsa meninggal dunia akibat serangan seekor beruang.

Mac lalu, seorang lelaki turut cedera diserang seekor beruang di wilayah sama, sekali gus menimbulkan perdebatan.

Sementara itu, Presiden Wilayah Trentino, Maurizio Fugatti memberitahu pemberita petang Jumaat yang pihak berkuasa tempatan memutuskan untuk mengesan dan membunuh haiwan itu, sebaik ia dikenal pasti

Kumpulan alam sekitar, Tabung Hidupan Liar (WWF) mengakui bahawa langkah itu perlu dihentikan.

Bekas timbalan pakar ekologi, Annamaria Procacci yang kini bekerja dengan kumpulan kebajikan haiwan pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa (ENPA), mengecam kekurangan langkah berjaga-jaga yang diambil oleh pegawai tempatan.

"Beruang biasanya menjaga jarak mereka dari orang ramai.

"Pihak berkuasa tempatan perlu memastikan orang ramai dijauhkan daripada zon di mana beruang betina membesarkan anak mereka," katanya. -AFP

(Foto hiasan)

Media Baharu