fb fb fb fb fb

Budak 11 tahun suspek bunuh di Jerman

(Wunsiedel, Bavaria)

FRANKFURT, 8 April- Seorang budak lelaki berusia 11 tahun menjadi suspek kes bunuh melibatkan kematian seorang budak perempuan berusia 10 tahun di sebuah rumah kebajikan kanak-kanak di Jerman.

Mangsa ditemukan mati di dalam biliknya di pusat terbabit dekat Wunsiedel, Bavaria pada Selasa.

Jelas polis dan pendakwa raya tempatan dalam satu kenyataan bersama, bukti yang dikumpul di tempat kejadian menunjukkan penglibatan suspek yang tinggal di pusat sama.

"Suspek ditahan di kemudahan khas memandangkan suspek adalah bawah umur," menurut kenyataan.

Bagaimanapun, pihak itu enggan memberikan butiran lanjut dan berkata budak lelaki itu masih belum disoal siasat.

“Apa yang penting sekarang ialah menjelaskan keadaan sebenar tragedi tersebut,” katanya.

Bulan lalu, negara itu digemparkan dengan kematian Luise, 12, di bandar barat Freudenberg yang ditemukan dengan beberapa kesan tikaman.

Dua pelajar sekolah, berusia 12 dan 13 tahun, mengaku melakukan pembunuhan itu. -AFP

(Foto hiasan)

Media Baharu