fb fb fb fb fb

Lelaki lakukan vandalisme di monumen Washington didakwa

(Monumen Washington dibina sebagai menghargai
presiden pertama AS, George Washington/FOTO AFP)

WASHINGTON, 23 September - Taman Amerika Syarikat (AS) pada Rabu berkata seorang lelaki didakwa melakukan vandalisme menggunakan cat di luar tapak Monumen Washington, di ibu negara AS.

Shaun Ray Deaton, 44, dari Bloomington, Indiana ditahan pada petang Selasa, dan didakwa kerana menceroboh, merosak dan melakukan vandalisme, lapor Xinhua.

Menurut polis, kemungkinan pertuduhan tambahan akan dikenakan memandangkan siasatan masih diteruskan.

Konservator Perkhidmatan Taman Negara (NPS) kini berusaha membersihkan cat di monumen itu.

“Lapisan atas cat sudah mula ditanggalkan,” menurut National Mall dan NPS Memorial Parks dalam ciapan masing-masing pada Rabu.

“Warna yang menembusi batu juga akan dibersihkan.”

(Seorang pekerja perkhidmatan taman AS menggunakan pelarut untuk
membersihkan grafiti di Momen Washington pada 21 September di Washington/FOTO AFP)

Washington Monument, menara marmar obelisk National Mall 555 kaki di Washington D.C. dibina sebagai menghargai presiden pertama AS, George Washington. -BERNAMA

Media Baharu