fb fb fb fb fb

Lelaki Kanada berdepan 14 pertuduhan jual kit bunuh diri

Inspektor Simon James memaparkan imej Kenneth Law kepada media yang telah menjual kit bunuh diri kepada mangsa berusia antara 16 dan 36 tahun/FOTO Canada Press

OTTAWA, 12 Disember - Seorang bekas tukang masak dituduh di Mahkamah di Kanada kerana didakwa menjual bahan secara dalam talian untuk membantu orang membunuh diri di seluruh wilayah Ontario.

Kenneth Law, 58, dituduh dengan 14 pertuduhan kerana didakwa memberi ''kaunseling atau membantu'' orang membunuh diri.

Peguam belanya, Mathhew Gourlay juga mengesahkan bahawa Law telah didakwa dengan 14 tuduhan baru yang dikelaskan pembunuhan darjah kedua.

Kenneth yang bekerja di sebuah hotel di Toronto, ditahan pada Mei lalu kerana menjual bahan yang digunakan sebagai bahan tambahan makanan yang boleh membunuh jika disalahgunakan.

Dia dikatakan menyasarkan golongan rentan dalam talian.

Kenneth dipercayai telah menghantar sebanyak 1,200 pakej kepada orang ramai di lebih 40 negara sejak 2020.

Di Britain, sekurang-kurangnya 272 orang membeli produk dari laman web Law dan 88 daripada mereka meninggal dunia.

Dimaklumkan oleh Interpol, beberapa negara lain telah menjalakan siasatan, termasuk New Zealand dan Itali yang mana sembilan pembeli telah dikenal pasti dan seorang mangsa telah meninggal dunia.

Menurut polis, mangsa warga Kanada itu terdiri daripada lelaki dan perempuan berusia antara 16 hingga 36 tahun - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN