fb fb fb fb fb

Lelaki Jerman terima vaksin COVID-19 sebanyak 217 kali

FOTO HIASAN

PARIS, 6 Mac- Seorang lelaki Jerman yang sengaja mendapat vaksin COVID-19 sebanyak 217 kali tidak melaporkan sebarang kesan sampingan daripada suntikan tersebut.

Malah, menurut penyelidik individu tersebut mengkin menjadi orang yang paling banyak divaksin dalam sejarah.

Sistem imun lelaki berusia 62 tahun dari bandar Magdeburg tengah di Jerman itu sangat baik, kata para penyelidik dalam jurnal The Lancet Infectious Diseases.

Mereka berkata lelaki itu menerima begitu banyak suntikan vaksin secara sukarela.

Lelaki itu mula menjadi perhatian penyelidik susulan laporan berita mengenainya pada 2022.

Ketika itu, dia telah menerima sebanyak 90 suntikan.

Laporan media pada masa itu berkata lelaki itu disyaki mendapat begitu banyak dos untuk mengumpul kad vaksin yang lengkap, yang kemudiannya boleh dipalsukan dan dijual kepada orang yang tidak mahu divaksinasi.

Seorang pendakwa raya di Magdeburg membuka siasatan terhadap dakwaan penipuan ke atas kes itu tetapi tiada pertuduhan jenayah difailkan.

Pendakwa raya kemudiannya mengumpul bukti 130 vaksinasi dalam tempoh sembilan bulan.

Tetapi lelaki itu mendakwa telah menerima 217 dos vaksin, lapan vaksin COVID-19 yang berbeza termasuk semua versi mRNA selama 29 bulan.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE